Sunday, March 22, 2009

Kaedah penanaman rumput karpet

Pada 15 feb 09 yang lepas, timbul pulak dihati ini untuk menceriakan kawasan lapang dihalaman rumahku. Lantas, terfikirlah jika dapat ditukarkan imej boring kepada lebih bertenaga. Maka kami memulakan

Kem Ibadah Dan Motivasi 2009

Program anjuran Surau ArRahimah ini telah berlangsung pada 14 Mac dan 15 Mac 2009 bertempat di kawasan surau ArRahimah. Seramai 110 pelajar telah mengambil bahagian sambil dibantu oleh seramai lebih kurang 20 orang urusetia. Program yang sudah lama dirancang ini bertujuan meningkatkan iman dan pengetahuan didalam membentuk remaja yang lebih beriman samaada kepada ibu bapa tetapi juga kepada pencipta (Al khalik) Allah s.w.t.

Malam Mesra PPKD2 2008

Assalamualaikum semua ahli PPKD2,
Pada tanggal 15 Disember 2008 yang lepas, pihak AJK PPKD2 telah mengadakan suatu majlis malam mesra 2008 untuk tahun yang kedua. Majlis tersebut telah diadakan di lorong kawasan 2/15 berhadapan rumah Penaung PPKD2 Tn Hj Padali B. Yusuf.




















Program tersebut bermula pada jam 9:30malam dan berakhir pada jam 11:30pm. Aktiviti yang dimulai dgn bacaan doa oleh Penaung dan seterusnya ucapan dari Pengerusi 2007/2009;En. Ismail B. Dali.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR08, PMR08 dan SPM08 dimana setiap pelajar menerima sumbangan berupa plak, sijil dan wang tunai.











Jamuan makan bermula pada jam 10 malam dan sejurus selepas itu Pemilihan AJK baru untuk sesi 2009/2011 diadakan. Semua Ahli sebulat suara bersetuju untuk melantik hanya Penghulu dan wakil wanita dimana En NurFaridh Noor Mohamad dilantik sebagai Penghulu baru kawasan D2 manakala Pn Maizurah Yeop telah dipilih sebagai wakil wanita bagi menerajui PPKD2 untuk sesi 2009/2011. Bagi memeriahkan suasana, acara cabutan bertuah telah dilangsungkan dimana sebanyak 60 hamper disediakan hasil sumbangan ahli D2 dan badan2 korporat.







Alhamdulullah, kira2 jam 11 malam program berakhir dan "sekalung tahniah" diucapkan kepada semua ahli penggerak program Malam Mesra 2008 dan semoga ianya dapat diteruskan pada tahun 2009 dengan pelbagai pengisian yang lebih baik dan lebih ceria....

Sekian update dari...Kruuulll..Mantan S/U (9/4/2009 jam 1628pm)