Friday, August 29, 2008

Logo Untuk PPKD2

Alhamdulillah...selepas mengambilkira design dan maksud yang disampaikan dari rekabentuk logo juga warna, maka pihak AJK memutuskan bahawa design "E" terpilih sebagai logo rasmi bagi PPKD2. Justeru, segala urusan rasmi daripada persatuan akan menggunakan logo tersebut. Utk pengetahuan semua logo tersebut telahpun digunakan seperti di baju persatuan dan surat rasmi pekeliling daripada persatuan.










Upacara Penyerahan Sijil RT & Pembukaan Perpustakaan Puncak Alam

Pada 27/8/2008 jam 9:15pm ketika hujan sederhana lebat, suatu upacara penyerahan sijil perlantikan rukun tetangga dan pembukaan perpustakaan puncak alam telah diadakan di dataran prima, fasa satu. Upacara tersebut yang dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Pn. Rohaida Abdul Kadir turut dihadiri oleh pengerusi2 persatuan induk dan kecil.


Penyerahan sijil2 untuk PPKD2 (pos4, pos7 dan pos11) telah disempurnakan oleh pengerusi Rukun Tetangga (Saudara Mohd Asri Dato' Abdul Hamid) dan Pn. Rohaida sendiri. Secara rasminya, diserahkan kepada wakil pos4 (Saudara Ali) dan pos 7 (Saudara Ismail B. Dali)







Perpustakaan puncak alam telah dibuka dengan secara rasminya dimana semua penduduk yang hadir dimajlis ini telah bersama sama mendaftarkan diri sebagai ahli. Justeru, penduduk PPKD2 amat diharapkan agar dapat memanfaatkan fungsi perpustakaan sebagai gedung ilmu dan tempat mengisi masa lapang.





Wednesday, August 27, 2008

Pembinaan Pos Kawalan RT Pos 7

Projek Pembinaan pos 7 atas inisiatif dari penghulu Ismail B. Dali telah dirancang pada 24/6/08 di rumah saudara Tajul Hakmah (Bendahari) malam selepas solat isya'. Hasil penyelidikan dan 'brainstorm' dari para AJK ...beserta nasihat dari 'Chief engineer' Khaidir dan pelan lukisan dari Designer Zamzuri, akhirnya pecah tanah dimulakan pada jumaat 27/8/08.


Projek yang berlarutan sehingga kini, menampakkan kejayaan setelah berbagai rintangan dilalui dari membeli material, kayu kayan, kerja siang dan malam dan berbagai2 masalah baik dari segi mental dan fizikal, kita berjaya menyiapkan pos untuk dijadikan kawasan kawalan bagi pos 7. Kepada penyumbang2 baik dari syarikat2 mahupun org2 perseorangan..(saudara Mamu, Azmi B...dan lain lain lagi) , pihak persatuan mengucapkan jutaan terimakasih. Ini menunjukkan bahawa semangat perpaduan di PPKD2 masih kuat walaupun masing2 sibuk menguruskan urusan seharian.


Segala sumbangan kedrat tenaga ahli ahli pos7, persatuan juga mengucapkan berbanyak2 terimakasih..

(Chief engineer Khaidir...Ismail, Tajul, Krul, Harun, Badrul, Mamu, Azmi B, Rodzi, Jalil, Wan Hasnudin, Janai, Hj Faridh, Zamzuri, Nizam Ramli, Zaib, Rahman dan lain2 lagi yang tidak disebut namanya disini..)

You're the Best!!

Aktiviti Gotong Royong Perdana 2008

Program yang julung kali diadakan ini adalah hasil kerjasama dari Majlis Daerah Kuala Selangor yang membekalkan peralatan utama seperti cangkul, kereta sorong dan berbagai lagi.Kawasan meliputi belakang rumah, rumah2 tinggal dan lereng2 kawasan D2 di semua lorong 2/15,16,17,18 dan 19.

Aktiviti ini turut disertai oleh penduduk dari kawasan D1 yang diketuai oleh Pengerusinya, En. Azmi Malik dan S/u, saudara Monshi). Ianya bermula dari seawal jam 7:30pagi sehingga ke jam 3 petang.



Sebelum



Gotong royong bermula....

Proses pembersihan ...





SELEPAS


Program makan2 (sponsor dari penduduk2..) dan melepaskan lelah masing2...


Alhamdulillah, program tersebut telah berjaya mencapai objektifnya bagi memastikan persekitaran kawasan perumahan D2 bersih, kemas dan kelihatan segar. Adalah diharapkan semua penduduk dapat bersama sama menyertai aktiviti tersebut dimasa hadapan.














Tuesday, August 26, 2008

Pertandingan DAM Haji





Pertandingan dam haji telah diadakan pada 12/8/2007 yang lepas dimana ianya adalah program anjuran Persatuan Penduduk Induk. PPKD2 melalui pos7 telah menghantar satu team yang diwakili oleh Saudara Krul, Tajul dan Badrul Hisham. Pertandingan yang berdasarkan "the best two win the game" ini telah diadakan beberapa saringan dari peringkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan final pada 12/8/08. Terdapat beberapa kontroversi berlaku didalam pertandingan ini gara gara syarat2 perlawanan yang agak ketat bagi memastikan wujudnya "fair game" seperti hanya peserta yg berdaftar sahaja yang layak bertanding. Jadi terdapat beberapa 'Walk over' result yang berlaku sepanjang game tersebut. Akhirnya, pasukan PPKD2 telah berjaya mara ke final menentang Pos 3 dari kawasan C.