Wednesday, August 27, 2008

Pembinaan Pos Kawalan RT Pos 7

Projek Pembinaan pos 7 atas inisiatif dari penghulu Ismail B. Dali telah dirancang pada 24/6/08 di rumah saudara Tajul Hakmah (Bendahari) malam selepas solat isya'. Hasil penyelidikan dan 'brainstorm' dari para AJK ...beserta nasihat dari 'Chief engineer' Khaidir dan pelan lukisan dari Designer Zamzuri, akhirnya pecah tanah dimulakan pada jumaat 27/8/08.


Projek yang berlarutan sehingga kini, menampakkan kejayaan setelah berbagai rintangan dilalui dari membeli material, kayu kayan, kerja siang dan malam dan berbagai2 masalah baik dari segi mental dan fizikal, kita berjaya menyiapkan pos untuk dijadikan kawasan kawalan bagi pos 7. Kepada penyumbang2 baik dari syarikat2 mahupun org2 perseorangan..(saudara Mamu, Azmi B...dan lain lain lagi) , pihak persatuan mengucapkan jutaan terimakasih. Ini menunjukkan bahawa semangat perpaduan di PPKD2 masih kuat walaupun masing2 sibuk menguruskan urusan seharian.


Segala sumbangan kedrat tenaga ahli ahli pos7, persatuan juga mengucapkan berbanyak2 terimakasih..

(Chief engineer Khaidir...Ismail, Tajul, Krul, Harun, Badrul, Mamu, Azmi B, Rodzi, Jalil, Wan Hasnudin, Janai, Hj Faridh, Zamzuri, Nizam Ramli, Zaib, Rahman dan lain2 lagi yang tidak disebut namanya disini..)

You're the Best!!

1 comment:

Hanim's Family said...

InsyaAllah projek yg tergendala (nak touch up)akan bersambung selepas RAYA Aidilfitri nanti ....InsyaAllah......

#Ramai2 le turun bagi bantuan ..